CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, August 3, 2013

Jumaat Terakhir Ramadhanku..

semalam.. 2nd August’13..

Ramadhan ke-24.. Jumaat Terakhir Ramadhan..

Aku kira hari ni bole la aku lakar kisah gembira.. Rupanya ucap ‘Alhamdulillah’ yg aku prektis seminggu lepas tukar jd ucapan ‘Astagfirullah al-adzim’.. Ini bukan cerita fiksyen, ini cerita nyata dalam hidup aku.. Kisah suka yg aku harap, rupanya hanya duka yg menunggu aku di hujung hari.. Maka termaktubla ‘epilog gundah’ dalam hidupku utk sekian kalinya.

***

Ahad lepas, ‘Encik’.. (ya dialah insan yg bertanggungjawab memporak perandakan Jumaat Terakhir Ramadhanku..)

‘Encik’ mengabarkan berita gembira, menyatakan kesediaannya utk berkunjung ke Tawau.. Bandar yg jarang sekali ingin aku tinggalkan.. Perkabaran itu aku sambut dengan rasa gembira, dan syukur ke hadrat illahi.. Sungguh aku teruja menanti dia yg lama sudah mengetuk jendela hati.. Even, aku macam ragu2 sikit.. Sebab macam banyak pulak aku tanya time dia ckp mao datang.. Tapi bila dia susah sikit mao jawab, juz stop asking more.. Risau dia berubah pikiran..

Bila dia menyatakan apa yg dia ingin setibanya di Tawau nnt, aku dengan sedaya upayanya berusaha utk merancang dan bersedia supaya tidak akan ada kekalutan bila dia datang nnt.. Faham jak la, aku ni bukan jenis menghafal jalan.. Even hometown aku sendiri.. Aku try plan semua benda satu-satu.. Sampai family n kengkwn aku semua pun agak teruja bila tgk aku mcm over semangat.. Actually some of them, nda tau pun kenapa aku nampak telampau semangat sejak seminggu lepas.. Hanya certain ja yg tau..

HaHaHa…

Tapi, best camana pun planning aku.. Apa yg Allah SWT inginkan juga yg terjadi.. Hah, disinila kita pakai pepatah “Manusia hanya mampu merancang, Allah yg menentukan”.. Dan satu benda yg aku tiba-tiba ja paham di sebabkan kejadah..eh kejadian ini adalah... “Meletakkan harapan yg terlalu tinggi kepada sesuatu itu hanya akan meninggalkan perasaan hampa sehampa hampanya, apabila apa yg kita harap-harapkan tidak berjalan sepertimana yg kita harap dan bayangkan..” Maha kecewa.. (T_T)

Dan apa yg sangat ingin aku elakkan terjadi jugak.. Bila ‘Encik’ meluahkan hasrat utk dtg ke bandar kecintaanku ni sekaligus ingin berjumpa dgn aku yg bagai ‘rak’ dengan kegembiraan.. Aku telah meletakkan takdir sebagai penentu haluanku.. Andai benar dia mampu berjumpa dgn aku sebagaimana perancangannya, akan aku kejar cintaku itu hingga jodoh antara kami jadi milikku.. Namun, percaturan takdir jauh melencong dari keinginanku.. Kerana aku telah nekad utk berserah sepenuhnya, jika dia bukan insan yg tertakdir utkku maka tidaklah berjodoh kami utk bertemu di Jumaat Terakhir Ramadhan ini.. Dan itulah yg terjadi.. Kejamkah takdirku?? Namun, sebagai manusia biasa, aku tidak mampu lari dari kecewanya hati, dan kedukaan jiwa..

Ya.. Aku kecewa.. Dan sangat terluka.. Namun, aku harus redha, walau dalam terpaksa.. Dan aku harus, wajib yakin, perancangan Allah SWT adalah yg terbaik utkku..

***

Mungkin aku dan dia memang tidak berjodoh.. Jodoh kan rahsia alam.. Hanya Allah SWT yg tahu soal jodoh, hidup mati seseorg hamba.. Mungkin telah tercoret kisah hidupku utk kecewa dgn dia.. Apa makna sebuah perasaan andai hadir cinta hanya pada aku.. Hanya aku yg rasa getaran kasih, sedangkan dia tidak terkutik sedetik pun utk merasakan betapa dalam perasaan yg telah berputik di hati aku.. Dan mustahil aku mampu menyalahkan takdir atas ketidakbertuahnya aku dalam soal yg bersangkut hati dan perasaan..

Andai ada yg boleh aku tunding utk dipersalahkan, hanya hatiku.. Namun, hati tidak pernah mengenal siapa utk jatuh sayang.. Apalah salah hati?? tidak bermata, utk melihat siapa yg disayangnya.. tidak bermulut utk meluahkan rasa kecintaannya, tidak bertelinga utk mendengar bisik rasa insan yg dikasihinya.. Maka dimana silapnya hati??? Kerana ia hati, ia hanya mampu utk menimbunkan segenap rasa.. Dan ia sentiasa ikhlas utk menyayangi..

Bila dikatakan aku sangat memilih dalam soal cinta dan perasaan.. Kerana tidak membalas huluran kasih oleh mereka2 yang dulu.. Kerana menghampakan rasa mereka2 yg dulu.. Dengan pasti aku mengiyakan.. ketidaksudian dan ketidakmampuanku utk membalas perasaan mereka bkn kerana kejamnya aku, mahupun aku tidak pernah memberi peluang.. Aku cuma tidak merasakan cinta wujud antara aku dan mereka.. Aku tidak dapat mengesan ikhlasnya mereka bila mencurahkan perasaan mereka utk menjadi pendamping.. Menolak hasrat mereka yg adakalanya secara halus dan adakalanya terungkap bukan utk menyakiti,  tapi mencuba utk membuka peluang kpd mereka utk mencari insan lain yg bakal menjadi pasangan yg lebih cocok dgn keinginan mereka.. Kerana aku tahu aku tidak pernah dapat utk memenuhi citarasa mereka di kemudian hari..

Mungkin ‘Encik’ berfirasat sama seperti aku suatu ketika dulu.. Bezanya aku menolak mereka yg dulu dgn tertib dan berlapik.. Agar mereka faham hasrat hatiku dan menggerakkan langkah menjauhi aku.. Namun, aku tidak pernah memutuskan persahabatan secara tiba2.. Tapi ‘Encik’, tidak pernah menolak mahupun menerima.. Aku kalut dan keliru.. Apa dia turut merasakan apa yg aku rasa?? Atau sebaliknya.. Aku tidak pernah mampu utk mentafsir insan yg satu ini..

Hadirnya dia menyentuh rasa, dan entah bagaimana bisa, hati terpaut terus luluh tanpa petanda.. Dulu, pernah aku berpesan pada hati, “Dia sama seperti yg lain, hadir tanpa perlu undangan, dan pergi tanpa perlu pamitan. Pasti datangnya hanya utk menjenguk rasa suka-suka, dan akan hilang tanpa sempat aku sedar kewujudannya.” Tapi, apabila dia sepi tanpa kabar.. Kenapa hati mula terasa betapa kurangnya sesuatu.. Dengan tiba2 hati tercari-cari kelibatnya..

Suatu ketika, terasa seperti destinasi aku dan dia bagaikan begitu hampir digapai.. Tapi, aku terlupa dan leka.. Rupanya apa yg terjadi selama ini hanya mimpi.. Dan bila aku terjaga.. Kisah kasih itu hilang tanpa jejak.. lalu menjadi kenangan semalam yg penuh liku tanpa haluan yg nyata..

“Dear Friends, aku bukan menghilang.. aku senantiasa ada.. aku ingin bercerita.. tapi kisah itu tidak mampu terlafaz.. maafkan aku andai menimbulkan rasa bimbang.. fahamilah, aku tidak mahu kamu membenci ‘Encik’ atas apa yg terjadi.. kerana aku sendiri tidak mampu membencinya, apalagi menghakiminya.. memang telah tersurat cinta itu gugur tanpa sempat bernafas.. biarlah duka itu terselit jauh di sudut hati dan tidak perlu dibahas.. cukuplah kamu mengerti, kerana sesetengah perkara yg menghampakan itu tidak dapat diluahkan dgn kata mahupun airmata..”

Serius, aku kecewa..

0 comments: